10 Wasiat Hasan al-Banna


Al-Syahid Hasan bin Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna rh.a. dilahirkan di bandar Mahmudiah (Berdekatan Iskandariah) pada tahun 1906. Beliau menamatkan pengajian di Sekolah Dar al-Ulum, Kaherah dan kemudian bertugas sebagai pengajar yang sering berpindah dari satu bandar ke satu bandar. Beliau mengajak umat Islam ditemuinya supaya mengamalkan al-Quran al-Karim dan berpegang teguh dengan sunnah Nabi S.A.W.. 

Melalui usahanya ini beribu-ribu mahasiswa, buruh, peladang dan sebagainya daripada pelbagai lapisan masyarakat mendapat hidayah dari Allah. Setelah itu, beliau menetap beberapa ketika di bandar Ismailiah. Di sini beliau menubuhkan pejabat pertama Ikhwan bersama-sama beberapa orang anggota ikhwan lain. 

Usaha beliau melangkah setapak lagi apabila beliau mula mengadakan sesi ceramah serta menyebarkan bahan cetak. Malah beliau mula mengadakan lawatan ke beberapa bandar dan desa. Kesannya di setiap daerah akhirnya wujud sebuah pusat dakwah. 

Dakwah beliau juga bukan terhad untuk golongan lelaki sahaja malah di Ismailiah beliau menubuhkan Maahad Ummahat al-Muslimin bertujuan memberikan didikan Islam untuk anak-anak perempuan. Tidak beberapa lama kemudian beliau berpindah ke Kaherah. Dengan perpindahan ini bermakna ibu pejabat dan pusat pentadbiran juga berpindah ke Kaherah. 

Di sini dakwah beliau semakin menyerlah. Ikhwan semakin berkembang dan jumlah mereka kini mencecah setengah juta orang. Ahli politik dan kuncu-kuncu mereka mula bimbang dengan pengaruh al-Syahid. 

Oleh itu mereka berusaha menyingkirkannya dari medan politik. Namun segala usaha ini tidak mampu menggugatkan keazaman beliau. Beliau bangkit memperkenalkan Islam kepada seluruh manusia bahawa Islam mencakupi akidah, ibadah, tanahair, bangsa, toleransi, kuasa, akhlak, budaya dan undang-undang. Akhbar Ikhwan Muslimin yang diterbitkan setiap hari mula dilancarkan di Kaherah. 

Akhbar ini menjadi wahana dalam bentuk penulisan selain ceramah yang diadakan. Ketika krisis Palestin meletus, pasukan tentera Ikhwan merupakan pasukan sukarelawan yang paling aktif. Mereka berjaya mara hingga hampir memasuki Tel Aviv. 

Malangnya pihak pemerintah ketika itu Raja Farouq telah mengkhianati perjuangan ini apabila beliau menandatangani perjanjian damai dan bertindak menahan pemimpin-pemimpin Ikhwan. Tindakan jahat pihak penjajah tidak terhenti setakat itu sahaja. Mereka mula merancang untuk membunuh al-Banna. 

Ketika al-Banna berada di hadapan ibu pejabat Pertubuhan Pemuda Islam di Kaherah mereka melepaskan beberapa das tembakan dan kemudian melarikan diri. Malangnya tidak siapa yang merawat al-Banna. Beliau dibiarkan terlantar di lantai hospital dengan keadaan darah yang masih mengalir. 

Mereka hanya menonton tanpa merasa belas kasihan dan berhati perut. Saudara-mara terdekat juga dilarang melawat. Akhirnya selepas dua jam, beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 1949.

Al-Syahid yang dikasihi Allah telah mengabadikan beberapa tulisan yang amat berharga, antaranya Muzakirat al-Dakwah wa al-Da„iyah dan beberapa risalah.


WASIAT


  1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

  2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah. 

  3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

  4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram. 

  6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
  7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

  8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan. 

  9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang. 

  10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya. 

0 Komen :

Peranan Ulama

         
Ulama’ ialah ahli agama atau ilmuan yang menguasai beberapa cabang ilmu akidah, syariah dan akhlak. Ilmu ini adalah ilmu yang bermartabat tinggi kerana ia berkaitan dengan Allah, Rasulullah, Al-Quran, sistem kehidupan, politik, budaya, ekonomi dan perkara-perkara besar yang lain. Ilmu ini akan menentukan nasib baik seseorang atau sebaliknya di dunia dan di akhirat kelak. Ilmu inilah yang disebut sebagai Ad-din oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya:
Sesiapa yang Allah ingin memberikan kebaikan kepadanya, nescaya Allah memberi dia kefahaman yang baik tentang agama
(Muttafaqun ‘Alaih dari Mu’awiyah r.a)

Ilmu ini juga disebut Al-Hikmah seperti firman Allah dalam surah AlBaqarah ayat 269:

Allah mengangkat martabat orang yang beriman dan berilmu pengetahuan dengan beberapa darjat. Allah berfirman dalam surah Al-Mujadalah ayat 11:

Dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w. menegaskan:
Sesungguhnya Allah meninggikan martabat sesuatu kaum dengan Al-Quran ini (yakni ilmu tentang Al-Quran) dan merendahkan martabat yang lain kerananya
Ilmu inilah yang dinyatakan oleh Allah akan direnggut dan dicabut daripada sesuatu kaum dengan dimatikan golongan orang Alim dalam kalangan sesuatu kaum itu. Rasulullah s.a.w bersabda dengan maksud:
Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu (ilmu agama) daripada umat manusia dengan sekali renggut. Akan tetapi Dia mencabut ilmu dengan mewafatkan para ulama’. Sehingga apabila tiada lagi seorang Alim pun hidup maka orang ramai menjadikan orang-orang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka mereka (para pemimpin itu) ditanya, lalu mereka berfatwa tanpa ilmu. Maka dengan demikian mereka menjadi sesat dan menyesatkan orang lain
 (Muttafaqun ‘Alaih)

Apakah peranan ulama’ di dunia ini sehingga martabat mereka begitu tinggi? Peranan ulama’ antara lain ialah:


  1. Sebagai pewaris para Nabi atau penyebar ajaran yang dibawanya.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
    Sesungguhnya para ulama’ itu adalah pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidaklah mewariskan dinar mahupun Dirham, tetapi mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambilnya (ilmu tersebut) bererti dia telah mengambil bahagian ilmu yang banyak
    (Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi)

  2. Ulama’ mengajar dan memperkukuh akidah, syariah dan akhlak Islam. Ulama’ yang tidak menyebarkan dakwah dan perjuangan Islam seperti mana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w maka mereka bukan ulama’ yang sebenar.

    Kefahaman hidup seperti budaya, politik, ekonomi dan lain-lain daripada perspektif Islam hendaklah menjadi butiran ilmu yang diajar oleh ulama’ kepada orang ramai. Mereka berperanan melurus dan menjernihkan umat daripada palitan dan saki-baki fahaman jahiliyyah, khurafat dan perkauman yang masih tebal yang boleh menghakis akidah Islam.

  3. Ulama’ adalah contoh budaya takut kepada Allah dan menjadi model akhlak Islam. Sikap dan perilaku ulama’ adalah mempamerkan kelakuan dan akhlak Islam yang lengkap dalam memerintah, mentadbir, memimpin, menjadi pemimpin keluarga dan sebagainya. Ulama’ bukan dari kalangan mereka yang melakukan perkaraperkara buruk seperti rasuah dan lain-lain lagi.
  4. Ulama’ adalah golongan yang prihatin dan mementingkan kerja membela penderitaan umat dan berusaha mereformasikan kehidupan sosiopolitik, budaya, ekonomi dan sebagainya. Mereka adalah golongan yang terlibat berjihad untuk menobatkan pemerintahan menurut lunas-lunas ajaran Islam. Mereka berusaha memartabatkan kedudukan umat dalam setiap lapangan agar menjadi khaira ummah demi menunaikan amanah dan tanggungjawab ilmu mereka.
  5. Ulama’ mestilah dijadikan sebagai tempat rujukan dan pembimbing umat daripada setiap kekalutan pemikiran dan kesesatan fahaman oleh simpang-siur ajaran dan ideologi ciptaan manusia. Sebab itu usaha menghalang ulama’ daripada menyampaikan ajaran agama adalah suatu kesalahan. Sebagai contoh, menyusahkan ulama’ menyampaikan ajaran Allah dengan memenjarakan atau
    mengenepikan mereka daripada khalayak ramai adalah satu usaha
    memadamkan sinar agama Allah di mana jua pun. Usaha para ulama’
    yang berani menyatakan kebenaran seperti yang diajarkan oleh Islam Khutbah Jumaat 14 Januari 2011: Peranan Ulama
    Jabatan Agama Islam Selangor
    7
    adalah lambang perjuangan dan jihad mereka menyampaikan Islam
    walaupun dimusuhi oleh mereka yang anti ulama’.
















0 Komen :