Mencari Makanan Yang Halal Adalah Wajib
Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering berhadapan dengan pelbagai cabaran. Antaranya ialah perkara yang melibatkan pemakanan dan pekerjaan yang halal.
Ajaran Islam memberi panduan kepada umatnya untuk menjalankan segala aktiviti kehidupan supaya sentiasa berada pada landasan yang tepat serta dibenarkan oleh hukum syarak. Landasan tersebut lebih dikenali sebagai halal dan haram dalam kehidupan termasuklah yang melibatkan pemakanan.
Halal bermaksud melakukan sesuatu yang dibenarkan oleh Allah dan Rasul-Nya serta mendapat pahala dan keberkatan bagi orang yang melakukannya. Haram pula sesuatu yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya daripada melakukannya serta mendapat dosa dan kemurkaan Allah bagi mereka yang melakukannya.
Makanan adalah keperluan asas manusia, maka marilah kita bermuhasabah tentang bahan makanan yang telah dan hendak dimakan sama ada ianya halal dan yang terbaik atau sebaliknya. Sedarlah bahawa mencari bahan makanan yang dan baik untuk dimakan itu adalah sesuatu tuntutan dalam Islam.
Hadith daripada Abu Hurairah R.A., bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah S.W.T. itu baik, Dia tidak menerima sesuatu daripada hamba-Nya melainkan yang baik dan Allah S.W.T. perintahkan (kepada hamba-Nya) seperti yang diperintahkan kepada Rasul-rasulnya.
Seterusnya Baginda S.A.W. membaca Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 172:
Makanan halal bukan hanya dilihat indah pada rupa dan enak pada rasa, bahkan lebih daripada itu. Manakala yang baik pula adalah sesuatu yang mendatangkan faedah kepada keperluan tubuh badan, akal dan emosi.
Sebaliknya, apa jua bahan makanan atau akal serta yang menjejaskan emosi adalah sesuatu yang diharamkan. Marilah sama-sama kita menghayati Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Maaidah ayat 3:
Firman-Nya lagi dalam surah yang sama ayat 4:
Perkara utama yang perlu dipastikan apabila hendak mendapatkan makanan atau minuman ialah dengan memastikan ianya halal dan baik. Maksud halal mengikut hukum syarak ialah:
Umat Islam hendaklah berwaspada terhadap premis-premis yang menjual makanan yang dipamerkan ayat-ayat Al-Quran atau kalimah dan lambang suci Islam kerana ianya bukan jaminan bahawa makanan yang dijual adalah halal dimakan dan diminum.
Dalam surah Al-Baqarah ayat 168 Allah S.W.T. berfirman:
Firman-Nya lagi dalam surah yang sama ayat 4:
Perkara utama yang perlu dipastikan apabila hendak mendapatkan makanan atau minuman ialah dengan memastikan ianya halal dan baik. Maksud halal mengikut hukum syarak ialah:
- Binatang yang hendak dimakan dagingnya mestilah ia yang dihalalkan oleh syarak seperti lembu, unta, rusa, ayam dan lain-lain lagi. Ianya pula hendaklah disembelih mengikut hukum syarak.
- Kita hendaklah menyucikan bahan makanan yang hendak dimasak menggunakan sumber air yang bersih lagi suci. Jika bercampur air basuhan dengan najis dan terus dimasak, makan akan menyebabkan makanan tersebut dihukum najis, menyebabkan haram dimakan.
- Bahan campuran untuk menghasilkan makanan atau minuman hendaklah tidak bercampur dengan bahan-bahan yang diharamkan oleh syarak seperti arak, racun, perosak, najis binatang, bahan-bahan dari khinzir dan lain-lain.
- Manakala maksud toyyiban pula ialah bahan makanan dan minuman yang berkualiti, berzat, tidak lapok dan tidak luput tarikh penggunaannya, diproses di tempat yang bersih dan bermanfaat jika dimakan.
Umat Islam hendaklah berwaspada terhadap premis-premis yang menjual makanan yang dipamerkan ayat-ayat Al-Quran atau kalimah dan lambang suci Islam kerana ianya bukan jaminan bahawa makanan yang dijual adalah halal dimakan dan diminum.
Usaha untuk memastikan pengguna tidak tertipu dengan pelbagai taktik kotor oleh pengeluar makanan dan minuman serta penjual yang mahu mengaut keuntungan dapat dilindungi dengan penggunaan Logo Halal.
Penguatkuasaan Akta Halal dan Logo Halal di premis-premis makanan, kedai makan, hotel, pengeluar makanan dan minuman, Pusat-pusat Sembelihan adalah bertujuan untuk memelihara hak pengguna mendapatkan bekalan makanan yang halal, baik dan terjamin. Namun, usaha tersebut kurang berjaya sekiranya umat Islam sebagai pengguna tidak mempedulikan tentang halal atau haramnya sesuatu yang hendak dimakan dan diminum.
Umat Islam perlu sedar mengambil bahan-bahan yang haram untuk dimakan atau diminum menyebabkan ibadat tidak kusyuk, rezeki tidak berkat, anak-anak yang diberi makanan yang haram atau syubhat akan mudah terdedah kepada kerosakan akhlak, doa tidak dimakbulkan Allah, berpenyakit di hati yang merosakkan iman, bahkan di hari akhirat akan dicampakkan ke dalam api neraka.
Umat Islam perlu sedar mengambil bahan-bahan yang haram untuk dimakan atau diminum menyebabkan ibadat tidak kusyuk, rezeki tidak berkat, anak-anak yang diberi makanan yang haram atau syubhat akan mudah terdedah kepada kerosakan akhlak, doa tidak dimakbulkan Allah, berpenyakit di hati yang merosakkan iman, bahkan di hari akhirat akan dicampakkan ke dalam api neraka.
Na'uzubillah Min Dzalik.
Dalam hal demikian, Rasulullah S.A.W. mengingatkan umatnya supaya sentiasa berhati-hati dalam perkara berkaitan makanan dan minuman yang diambil. Hadith daripada Nukman bin Basyir R.A. katanya: Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya perkara yang halal itu adalah sesuatu yang nyata dan demikian juga yang haram adalah nyata, (telah dijelaskan oleh Allah dan Rasul-Nya) namun terdapat di antara kedua-duanya (halal dan haram) itu perkara yang kesamaran (syubhat) yang mana tidak diketahui oleh ramai di kalangan manusia. Maka barangsiapa yang memelihara dirinya daripada mengambil perkara-perkara syubhat, maka terpelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapanya yang melibatkan diri pada perkara-perkara syubhat bererti ia melibatkan dirinya dalam perkara yang haram.
Dalam surah Al-Baqarah ayat 168 Allah S.W.T. berfirman:
(sumber Jabatan Agama Islam Selangor)



