Peristiwa Subuh - Raihan



Tabuh Berbunyi Gemparkan Malam Sunyi.
Berkumandang Suara Azan.
Mandayu Memecah Sunyi
Selang Seli Sahutan Ayam.

Tapi Insan Kalaupun Hanya Ada
Mata Yang Celik Dipejam Lagi.
Hatinya Penuh Benci
Berdengkurlah Kembali
Begitulah Peristiwa Di Subuh Hari
Suara Insan Di Alam Mimpi

Ayuh Bangunlah
Tunaikan Perintah Allah
Sujud Mengharap Keredhaan-Nya
Bersyukurlah Bangkitlah Segera
Moga Mendapat Keredhaan-Nya
Begitulah Peristiwa Di Subuh Hari
Setiap Pagi Setiap Hari

Tabuh Berbunyi Gemparkan Malam Sunyi
Berkumandang Suara Azan
Mandayu Memecah Sunyi
Selang Seli Sahutan Ayam

Tapi Insan Kalaupun Hanya Ada
Mata Yang Celik Dipejam Lagi
Hatinya Penuh Benci
Berdengkurlah Kembali
Begitulah Peristiwa Di Subuh Hari
Suara Insan Di Alam Mimpi

Ayuh Bangunlah
Tunaikan Perintah Allah
Sujud Mengharap Keredhaan-Nya
Bersyukurlah Bangkitlah Segera
Moga Mendapat Keredhaan-Nya
Begitulah Peristiwa Di Subuh Hari
Setiap Pagi Setiap Hari

0 Komen :

Sesungguhnya - Raihan


Sebenarnya hati ini cinta kepadaMu.
Sebenarnya diri ini rindu kepadaMu.
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir.
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga.

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan,
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitMu,
Namun cinta takkan hadir.
Namun rindu takkan ber bunga.

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepadaMu.
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri.

Ku cuba menyiramnya.
Agar tumbuh dan berbunga.
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kautsar.

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan,
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langitMu,
Namun cinta takkan hadir,
Namun rindu tak akan berbunga,
Jika tidak mengharap rahmatMu.
Jika tidak menagih simpati
PadaMu ya Allah.

Tuhan hadiahkanlah kasihMu kepadaku.
Tuhan kurniakanlah rinduku kepadaMu.
Moga kutahu
Syukurku adalah milik Mu.

0 Komen :

Iman Mutiara - Raihan


Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa.

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya.
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa.
Ia tak dapat dijual-beli,
Ia tiada di tepian pantai.

Walau apapun caranya jua,
Engkau mendaki gunung yang tinggi,
Engkau berentas lautan api,
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah.

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Jika tidak kembali pada Allah

0 Komen :

Perkara-Perkara yang Menjauhkan Hubungan Diri dengan Ilahi


Hidup manusia tidak dapat lari daripada ujian dan cubaan daripada Allah s.w.t.  Adapun ujian ini bukanlah untuk menjauhkan manusia dari rahmat-Nya bahkan sebaliknya mendekatkan diri insan pada tuhan jika dia berjaya melaluinya dengan penuh kesabaran. Justeru itu, penting buat seorang hamba mengetahui perkara-perkara yang dapat menjauhkan diri daripada restu Ilahi yang menjadi ujian kepada kepada manusia agar bisa menanganinya dengan baik.

Perkara-perkara ini boleh dibahagikan pada dua kategori:
  1.  Berkait dengan hati berupa nafsu
  2.  Berkait dengan akal berupa keraguan

Oleh yang demikian, seorang mukmin yang baik itu dapat menjaga hatinya dan menguruskan akalnya dengan baik kerana hakikatnya keduanya salin berkaitan. Hati yang bersih membentuk corak pemikiran yang baik manakala kekuatan akal yang sihat dapat membimbing hati ke arah kebenaran.

     1. Berterusan melakukan dosa (fasik)
Allah s.w.t berfirman:
Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. mereka itulah orang-orang yang fasik.
[Quran :19 (Al-Hashr)]

Fasik merupakan penyakit hati yang sangat bahaya kerana bukan sahaja ia terkesan pada hati seseorang itu bahkan pada amal zahirnya seperti tidak mudah diterima berita darinya kerana khuatir terdapat pembohongan dan pelbagai lagi jenis perkara keburukan. Bahkan kefasikan ini akan membawa manusia terus-menerus melakukan dosa-dosa yang lain jika tidak diubati dengan segera. Akhirnya, sukar untuk manusia melakukan perubahan kerana hati telah menjadi gelap.

     2. Menolak kebenaran (sombong)
Allah s.w.t berfirman:
(Iaitu) orang-orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka, amat besar kemurkaan (bagi mereka) di sisi Allah dan di sisi orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenangnya.
[Quran 40:35 (Al-Mu’min)]

Kesombongan merupakan suatu sikap yang sangat dibenci oleh Allah. Syaitan dan iblis terdahulu juga diseksa bukan kerana mereka jahil terhadap Allah, tetapi disebabkan kesombongan mereka. Selain itu, lihat umat terdahulu seperti kaum Nuh a.s, atau bangsa silam seperti bani Israel, kesemuanya di azab disebabkan mereka berpaling daripada kebenaran yang disampaikan (sombong).

Sikap negatif ini bukan sahaja menyebabkan rosaknya hati bahkan masyarakat kerana ia boleh membawa kepada sifat buruk yang lain seperti dengki, hasad dan sebagainya. Bahkan jika sikap ini masih berterusan dalam diri insan boleh jadi Allah paling kebenaran itu dari jiwa hamba yang akhirnya membuatkan manusia buta. Bukan buta mata tapi buta hati.

     3. Hilang pertimbangan (zalim)
Zalim yang dimaksudkan di sini adalah apabila manusia tidak meletakkan sesuatu pada tempat yang hak dan sepatutnya akibat hilangnya pertimbangan rasional dek kerana sering mengikut kehendak nafsu. Allah s.w.t berfirman:
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada Islam? dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.
[As-Saf, 61:7]

     4. Banyak Bermaksiat
Apabila manusia memiliki sifat-sifat ini maka mereka mudah terdorong untuk melakukan maksiat. Hal ini kerana hati manusia sudah gelap untuk menerima cahaya lebih lagi untuk membedakan antara kebaikan dan keburukan.

Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.
[Quran 83:14 (Al-Mutaffifin)]

     5. Kelalaian
Kenikmatan dan keseronokan hidup di dunia sering membuat seseorang hamba itu lalai. Akhirnya, ia mengalami kebimbangan dalam hidupnya. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
Dan sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah), mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai.
[Al-A’raf, 7:179]

Jauh Hubungan dengan Allah Disebabkan Kerosakan Akal


     1. Tidak berilmu (jahil)
Jahil bererti tidak faham disebabkan kurang usaha dan jauh daripada ilmu yang benar disebabkan tidak ikhlas dalam menuntut ilmu. Islam menyanjung ketinggian ilmu dan orang-orang yang berilmu. Firman Allah s.w.t:
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabkannya.
[Al-Isra’, 17 : 36]

Manusia yang tiada ilmu tidak sukar untuk beramal kerana asas bagi sesuatu amalan itu adalah ilmu yang benar. Apabila kurangnya amal maka manusia akan jauh dengan Allah s.w.t. Tambahan lagi, wahyu pertama diturunkan juga adalah berkaitan dengan ilmu (membaca).

Namun perlu diingatkan tentang hadaf utama dalam menuntut ilmu itu bukanlah untuk manusia berdebat semata tetapi untuk mengajak manusia kembali kepada Allah Yang Esa. Adapun perbincangan yang baik dan diskusi untuk mencari kebenaran adalah amat digalakkan tetapi masih terhad kerana akal manusia tidak bisa menjangkaui semua perkara. Mungkin kerana itu juga manusia ini dicipta berbeza-beza untuk saling-melengkapi.

     2. Ragu-ragu
Oleh kerana kekurangan ilmu maka timbullah keraguan. Dari keraguan inilah yang menyebabkan seseorang sukar untuk mebuat keputusan yang baik. Firman Allah s.w.t:
Dan sentiasalah orang-orang kafir itu berada dalam keragu- raguan terhadap Al-Quran, hingga datang kepada mereka saat (kematiannya) dengan tiba-tiba atau datang kepada mereka azab hari kiamat.
[Al-Hajj, 22:55]

Bahkan dalam hadis baginda s.a.w menyarankan untuk kita meninggalkan dan menghapuskan keraguan dalam membuat keputusan:
“Tinggalkan yang meragukanmu menuju yang tidak meragukanmu, kerana sesungguhnya kebenaran itu memenangkan dan sesungguhnya kebohongan itu meragukan.” 
[HR Tirmidzi no.2791]

     3. Penyelewengan (berpaling dari kebenaran)
Apabila sesuatu keputusan tidak didasari dengan kelimuan disebabkan timbul rasa syak dan ragu-ragu maka manusia itu boleh terdedah kepada penyelewengan. Penyelewengan ini akan menjauhkan seseorang daripada kebenaran. Allah s.w.t berfirman:
(Tetapi) kerana mereka melanggar janjinya, Kami kutuki mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu(berpaling), mereka suka merubah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) sentiasa akan melihat kekhianatan daripada mereka kecuali sedikit di antara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkan mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. 
[Al-Maidah, 5:13]

Kesimpulan: Segera mendidik hati dan mengasah akal!

Mungkin kita selalu tertanya mengapa seolah kita jauh dengan Allah?

Seakan doa dan rintihan tidak diendah?

Demikian kerna penyakit-penyakit hati dan akal ini yang akan menjauhkan hamba dengan Allah s.w.t. Proses rawatannya ialah setiap muslim hendaklah segera bangkit, bertaubat dan bermujahadah melawan nafsunya demi menjauhkan dirinya daripada penyakit-penyakit ini. Firman Allah s.w.t:
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. 
[Al-Ankabut, 29: 69]

Manusia tidak terlepas dari ternoda dengan arus dunia yang mengigit. Tetapi sebenarnya ia adalah ujian untuk menentukan siapa yang paling baik dalam kalangan kita bagi menuntukan darjat insan disisi tuhan. Adapun firman Allah ini sedikit sebanyak dapat membantu memotivasikan manusia untuk tidak sekadar memandang nikmat dunia yang sementara tetapi janji-Nya yang abadi di syurga sana.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;
[Quran 3:15 (Ali 'Imran)]

0 Komen :

Adakah Sambutan Maulidur Rasul Dibenarkan?


Saat kota hijjaz dalam kegelapan dek hari-hari yang berlalu penuh kerosakan tanpa panduan dari tuhan, wanita-wanita direndahkan martabat dengan dibunuh diusia kecil kononnya pembawa bala tidak kurang ada dijadikan hamba pemuas nafsu semata-mata, golongan lemah dan miskin ditekan, agama terdahulu diubah dengan tangan-tangan yang akhirnya hilang padanya kesucian, dan pelbagai kefasadan yang lain menjalar dalam jiwa umat membuat masyarakat arab jahilliyah terus hanyut dan tersesat.

Namun, bukti cinta dan kasih sayang Allah s.w.t pada masyarakat ketika itu juga yang akan datang zaman selepasnya, daripada terus-menerus berada dalam kegelapan, diutuskan seorang Rasul pembawa risalah ilahi, pembentuk akhlak terpuji dengan menyebarkan cinta dalam jantung hati insani bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dengan saling menghormati tidak kira bangsa, agama dan jantina.

Rabie’ al-Awal, menjadi saksi kelahiran cahaya umat, Rasulullah s.a.w yang berasal dari sebuah keluarga yang mulia dan terkenal akan kebaikannya walaupun bertukar generasi. Kehadiran baginda s.a.w ini mengembirakan bumi dan seisinya malahan musuh-musuh ketat Islam, selepas perutusan baginda yang terdiri daripada pembesar-pembesar Quraisy turut senang ketika itu menyambut kelahiran Rasulullah s.a.w. hingga melakukan sembelihan tanda kesyukuran.

Lahirnya cahaya ummat

Para sarjana sejarah dan ilmuan Islam bersepakat bahawa Rasulullah s.a.w lahir pada hari isnin, bulan Rabie’ al-Awal (walaupun ada pendapat lahir bulan ramadhan tetapi ia adalah pandangan yang ganjil) pada tahun gajah tetapi berbeza dalam menentukan tarikh kelahiran baginda s.a.w. Hari Isnin sebenarnya bukan sekadar hari kelahiran baginda bahkan banyak peristiwa yang berlaku pada hari yang sama tapi pada tarikh yang berbeza.

Daripada ibn Abbas berkata: “ Rasulullah s.a.w dilahirkan pada hari isnin, keluar berhijrah pada hari Isnin, memasuki Madinah pada hari Isnin, wafat pada hari Isnin dan mengalihkan Hajar Al-Aswad juga pada hari Isnin.”
[Ibn Kathir]

Daripada ibn Abbas berkata: “ Rasulullah s.a.w dilahirkan pada hari isnin, keluar berhijrah pada hari Isnin, memasuki Madinah pada hari Isnin, wafat pada hari Isnin dan mengalihkan Hajar Al-Aswad juga pada hari Isnin.”

Manakala yang dimaksudkan dengan tahun gajah itu adalah tahun yang mana Abrahah Al-Asyram memerangi kota Makkah dan menghancurkan Kaabah[iii]. Imam Ibn Qayyim (M 751H) ada menyatakan bahawa golongan tentera bergajah ini adalah terdiri daripada golongan nasrani, dan agama mereka merupakan agama yang lebih baik daripada ahli Makkah kerana arab Quraisy menyembah berhala. Justeru Allah memenangkan mereka (golongan ahli kitab yang benar) ke atas Quraisy sebagai petanda awal kelahiran Nabi s.a.w dan kemuliaannya (sebgaimana disebut juga dalam agama nasrani).

Imam Ibn Kathir banyak meletakkan riwayat-riwayat berkenaan tarikh kelahiran baginda yang berbeza pada setiap satunya. Ada yang mengatakan bahawa pada lapan, sembilan, dua belas dan sebagainya. Tetapi apa yang lebih penting bukan tarikh tersebut, tetapi sebagai ummat baginda ketika menjadi saksi bahawa kelahiran baginda merupakan suatu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam.

Sambutan Kelahiran Bid’ah atau Tidak?

Sebahagian ulama’ daripada tanah haram seperti Syeikh Abdullah Ibn Bazz menolak bahawa sambutan maulid Rasulullah s.a.w sebagai suatu sambutan yang dibenarkan dan menyatakan bahawa ia adalah sebahagian bid’ah dalam agama dan tidak mempunyai asal di dalam agama kerana Rasulullah s.a.w sendiri dan para sahabat tidak menyambutnya dan tidak boleh untuk manusia menyambutnya berdasarkan tafsiran terhadap dalil:

(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): “Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan”. 
[Al-A’raf:3]

Juga hadis-hadis yang melarang perkara baru dalam agama seperti:

Daripada Irbad bin Sariyahberkata: Rasulullah memperingatkan kami dengan sabdanya: “Ke atas kamu sunnahku dan sunnah khulafa’ ar-rasyidin yang diberi petunjuk selepas aku, berwaspadalah kamu akan perkara-perkara baru (dalam agama), maka setiap perkara baru itu bida’ah dan setiap bid’ah itu adalah kekesatan” 
[ HR Tirmidzi no 3427]

Daripada Aisyah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang melakukan sesuatu perkara yang baharu di dalam agama yang tidak asal asal padanya maka ia tertolak” 
[HR Muslim no.3243]

Selain itu, Syeikh bin Bazz juga berpendapat bahawa sambutan maulidul rasul atau kelahiran secara umumnya menyerupai penganut Yahudi dan Kristian sebagai contoh penganut kristian mempunyai perayaan tersendiri dalam menyambut sambutan kelahiran Nabi Isa AS, sedangkan Rasulullah SAW melarang umatnya menyerupai kaum kafir bahkan tidak membenarkan menyerupai  mereka. Rasulullah s.a.w  menyebutkan dalam hadis:
 Daripada Ibn Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia sebagian daripada mereka” 
[HR Abu Daud no.3494]

Mereka juga berpendapat bahawa melarang sambutan maulid sebagai Saddu Az-Zari’ah yakni boleh menyekat daripada pintu-pintu amalan bid’ah untuk melaksanakan bid’ah-bid’ah yang lain serta mengakibatkan umat islam memandang enteng dalam sunah-sunah Rasululullah s.a.w. dengan merasakan cukup menzahirkan kecintaan dengan sambutan berkenaan.

Namun demikian terdapat juga ulama’ terkemudian seperti Prof Dr Yusuf Qardawi menganggap sambutan ini bukanlah bid’ah yang sesat tetapi adalah  harus dalam islam kerana ia boleh melahirkan rasa cinta manusia yang kini sering leka dan jauh daripada sunnah baginda s.a.w supaya turut cakna dan bersama mengamalkan saranan baginda s.a.w:

Kata Dr Yusuf Qardawi:
Ada di antara sambutan-sambutan yang mana ia membawa manfaat kepada kaum muslimin. Tetapi kita mengetahui bahawa para sahabat r.a tidak mengamalkan sambutan hari kelahiran baginda s.a.w hatta hijrah baginda s.a.w dan sebagainya. Mengapa?

Ini adalah kerana mereka telah hidup bersama sunnah nabi s.a.w dalam kehidupan mereka bahkan pernah hidup bersama jasad baginda s.a.w sendiri hinggakan Rasullullah tidak hilang pada pandangan mereka dan semangat mereka. Saad Ibn Waqqas berkata:

“Sesungguhnya kami menyampaikan kepada anak-anak kami berkenaan perjuangan Rasulullah s.a.w, mengajar mereka menghafal surah daripada Al-Quran, dan menceritakan kepada mereka perit-jerih baginda s.a.w bersama para sahabat berkorban harta, darah malah nyawa dalam banyak peperangan mereka."".

Justeru itu, mereka tidak perlukan sambutan yang khusus berkenaan. Adapun bersama beredarnya zaman, manusia hidup dalam keadaan lalai, sirah baginda tidak lagi dijadikan ‘bedtime story’ kepada anak-anak bahkan lebih malang golongan ibubapa sendiri tidak mengambil sirah sebagai iktibar dalam kehidupan, maka manusia hari ini memerlkan kepada suatu perkara yang menjadi pemangkin semula semangat mereka untuk mencintai nabi s.a.w.

Dr Yusuf Qardawi berkata lagi:
"Benar ia adalah perkara baharu (bid’ah) dalam agama, namun ia tidak menjadi halangan bagi masyarakat zaman ini untuk menyambutnya (karena bukan bid’ah yang sesat) tetapi dengan syarat melaksanakan sambutan itu dengan menyampaikan hakikat pengorbanan baginda s.a.w berdasarkan sirah-sirah baginda s.a.w bersama para sahabat."

Hal ini kerana sirah-sirah baginda mengandungi pengajaran serta suri tauladan yang cukup bermanfaat bagi ummat sekalian akan tadhiyah (pengorbanan) para sahabat dalam segenap aspek untuk menyampaikan islam dan mengingatkan balasan baik kepada manusia pada hari akhirat seperti firman Allah s.w.t:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
[al-Ahzab:21]

Selain itu dalil-dalil umum daripada beberapa hadis yang menggambarkan kepenting untuk mencintai Rasulullah s.a.w yang mana sambutan maulidur rasul merupakan salah satu cara mengespresiasikan kecintaan terhadap baginda s.a.w:

Daripada Anas bin Malik r.a berkata baginda s.a.w bersabda: “Demi Zat yang diriku berada dalam kekuasaan-Nya, tidak sempurna iman seseorang daripada kalangan kamu sehinggalah aku lebih dia cintai daripada orang tua dan anak-anaknya” 
[HR Bukhari no.13]

Daripada Anas bin Malik r.a berkata baginda s.a.w bersabda: “Demi Zat yang diriku berada dalam kekuasaan-Nya, tidak sempurna iman seseorang daripada kalangan kamu sehinggalah aku lebih dia cintai daripada orang tua dan anak-anaknya dan manusia keseluruhannya” 
[HR Muslim no.55]

Terdapat juga hadis yang menceritakan berkenaan Rasulullah s.a.w melazimi berpuasa sunat pada hari Isnin, kerana ia merupakan hari kelahiran baginda dan banyak peristiwa-peristiwa yang lain yang berlaku pada hari tersebut seperti dalam hadis di atas (berkenaan kelahiran pada baginda pada hari Isnin). Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w sendiri meraikan hari kelahiran baginda s.a.w namun dalam keadaan dan ibadah yang masyru’(dibenarkan oleh Islam)

Tambahan pula, meskipun berabad lamanya baru sambutan maulidur rasul ini dilaksanakan oleh para ulama’ tetapi ia tetap kekal disambut (tanpa beranggapan bahawa ia adalah wajib atau mengikut sunnah) generasi ke generasi. Sekiranya sebahagian ulama’ mengatakan ia adalah bid’ah yang sesat, maka secara tidak langsung ia menyesatkan beberapa generasi yang sebelum ini walhal perkara yang baik pada pandangan suatu ummat itu (berlandaskan Al-Quran dan Sunnah) maka ia dianggap sebagai amalan yang baik di sisi Allah s.w.t.

Kesimpulan: Cinta Rasulullah s.a.w Bukan Cinta Bermusim!

Berdasarkan kedua-dua pendapat di atas, secara peribadi  saya meneliti bahawa pendapat yang mengharamkan sambutan ini melihat daripada skop isu ini sebagai isu akidah dan ibadah (hatta dalam fatwa Syeik bin Bazz meletakkannya dalam bab akidah) yang mana jika dikaitkan dengan salah satu kaedah  Fiqh iaitu:

الاصل في العبادة محرمة
(Asal dalam Ibadah adalah Haram)

Justeru itu, segala bentuk ibadah yang terlihat seperti tambahan yang baru maka ia adalah tertolak. Manakala pendapat yang membenarkannya melihat dari sudut dakwah kepada umat islam keseluruhan supaya kembali memperingati perjuangan baginda dengan menjadikan sambutan ini sebagai titi tolak pada kesedaran tersebut.

Oleh yang demikian, saya berpendapat sambutan ini dibenarkan dalam Islam untuk memperingati kekasih Allah, Muhammad s.a.w dengan syarat tiada unsur-unsur yang boleh membuatkan ia menjadi haram seperti pergaulan yang tidak syara’ dan sebagainya.

Pun begitu sepatutnya memperingati baginda s.a.w perlu dilaksanakan pada setiap hari dalam kehidupan kita tidak semestinya dengan bersalawat sahaja tetapi juga mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. dari sekecil-kecil sunnah hingga sebesar-besar sunnah baginda s.a.w iaitu dakwah. Maka perbanyakkan selawat dan ingatan kita pada hari berkenaan dan usaha untuk mengekalkannya biarpun diluar pada hari tersebut.

اللهم صلى على سيدنا محمد وآل محمد

0 Komen :

Mestikah Cinta dengan Berpandangan Mata


Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (yaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.
[HR Imam Malik dalam Muatha’ no.1678]

Apabila disebut tentang cinta seringkali terlintas dalam benak fikiran kita cinta muda-mudi berlainan jantina. Tidak kurang yang terusik dengan cinta pandang pertama. Namun, mestikah cinta itu perlu saling berpandangan? Adakah perkara yang dicintai perlu zahir pada mata untuk cinta itu hadir? Atau cukup sekadar kesan yang ditinggalkan?

Hari Lahir Kekasih Umat

Telah berlalu satu tarikh yang gemilang.. 12 Rabi’ul Awal. Lahir seorang insan yang terbilang. Muhammad s.a.w yang dijulang. Suasana  cinta yang baginda s.a.w cipta bukan cinta biasa tetapi yang lahir dari dalam jiwa atas keutuhan taqwa.

Lihat bagaimana seorang sahabat baginda s.a.w yang bernama Zaid Bin Datsinah. Ketikamana dia ditangkap oleh pemimpin Quraisy dan dibawa menghadap Abu Sufyan(belum Islam). Abu Sufyan bertanya:
“Wahai Zaid, aku bertanya engkau dengan nama Allah, tidakkah engkau suka Muhammad berada di tempat engkau sekarang, kami pancung kepalanya, dan engkau berada di samping keluargamu.” Jawab Zaid: “Aku tidak suka Muhammad berada di mana dia berada sekarang, terkena duri sedangkan aku berada di samping keluargaku.” Kata Abu Sufyan: “Aku tidak pernah melihat seseorang mengasihi seseorang seperti kasihnya sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad.”
[Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 4/75 Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah]

Begitulah kasihnya mereka kepada baginda. Banyak lagi kisah mengenai kecintaan para sahabat kepada Rasulullah, tetapi suka saya ingin membawa satu contoh bukan dalam kalangan sahabat walhal beliau hidup pada zaman nabi s.a.w. Dek kerana beliau tidak sempat bertemu nabi maka beliau tergolong dalam kalangan tabiin. Beliau ialah Uwais al-Qarny.

Bukan cinta biasa

Uwais Al-Qarny merupakan seorang yang taat kepada agama dan juga ibunya. Cita-cita beliau adalah ingin berjumpa Rasulullah kerana cinta yang mendalam kepada baginda. Namun apakan daya, oleh kerana ibunya yang uzur, beliau memilih untuk menjaga ibunya terlebih dahulu. Berlalu masa, kerinduan makin terasa. Akhirnya beliau meminta izin ibunya untuk bertemu Rasulullah. Ibunya membenarkan. Tiada lagi kegembiraan lebih nyata yang terpancar pada wajah Uwais setelah mendapat keizinannya.

Setibanya di Madinah, beliau ingin bertemu Rasulullah s.a.w. Takdir tidak menemukan mereka. Uwais mengirim salam kepada baginda seraya pulang kerana khuatir akan keadaan ibunya. Zaman berpergian hingga sampai ketika Umar r.a menjadi pemerintah ketika datang rombongan dari Yaman beliau bertanya:
Adakah dalam kalangan kalian seorang yang berasal dari Qaran? Lalu orang itu menghadap Umar r.a. Kemudian Umar r.a berkata lagi; Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang kepada kamu seorang lelaki dari Yaman. Dia tinggal bersama ibunya di sana. Dahulu pada kulitnya ada penyakit belang berwarna putih. Lalu beliau berdoa kepada Allah untuk disembuhkan dari penyakit tersebut dan dikabulkan kecuali tinggal kesan (penyakit) sebesar wang dinar atau dirham sahaja. Barang siapa yang menemuinya maka mintalah beliau memohon keampunan kepada beliau. 
[HR Muslim: no. 4612]

Dimensi Hadis

Hadis ini dapat dilihat dari banyak sisi pandang. Pertamanya lihat bagaimana seorang yang tidak pernah berjumpa dengan nabi s.a.w, namun atas dasar cinta mendalam kepada baginda, beliau diberi pengiktirafan yang begitu tinggi hingga para sahabat nabi disuruh untuk memohon Uwais meminta Allah ampunkan dosa mereka sedangkan jika mengikut darjat para sahabat nabi lebih utama berbanding golongan kemudiannya.

Jika dilihat semula tidakkah Rasulullah menjamin kepada kita sesuatu perkara? Meski kita tidaklah mencapai darjat para sahabat, tetapi kita sebenarnya kita boleh tergolong dalam kalangan mereka. Bagaimana?

Allah berfirman:
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) 
[Al-Imran:110]

Ramai manusia mungkin terlupa, mungkin juga alpa dan leka. Namun, itulah janji Allah yang disampaikan melalui nabi s.a.w kepada umatnya dengan syarat kita berusaha untuk menyebarluaskan kebaikan mengikut kemampuan dengan apa jua jalan yang dibenarkan serta berusaha menghalang keburukan dari terus membarah bermula pada diri sendiri seterusnya dalam jiwa masyarakat keseluruhannya.

Selain itu, berdasarkan kisah Uwais ini, dapat kita ambil iktibar bahawa cintanya terhadap baginda bukan semata kata-kata. Bukan juga mesti dengan pandangan mata. Abu Jahal sahaja berjumpa nabi berkali-kali tetapi tetap tidak beriman. Adapun kecintaan kepada nabi s.a.w adalah lahir dari dalam hati yang dibuktikan dengan amalan.

Lihatlah bagaimana Uwais seorang anak muda yang semestinya ada keinginan remajanya. Namun, beliau berkorban kesenangan untuk menjaga ibunya yang uzur sesuai dengan saranan Rasulullah s.a.w supaya kita berterusan berbuat baik kepada kedua ibubapa selagi batas syara’ masih dijaga.

Mengapa perlu cinta kepada baginda s.a.w?

Perkara pokok yang menjadi tunjang utama dalam kehidupan kita adalah agama. Dan agama yang diterima Allah ialah Islam. Kita tiada kemampuan untuk mempelajarinya secara terus. Justeru, Allah utuskan rasul untuk menyampaikan segala suruhan dan tegahan-Nya.

Oleh kerana baginda telahpun melaksanakan tugasan menyampaikan risalah dakwah kepada ummah, maka amatlah patut bagi kita untuk mencintai baginda kerana apa yang Rasulullah bawa dapat membimbing kita ke syurga.

Bukankah cinta itu hendak bersama hingga ke syurga?

Nabi s.a.w ada bersabda:
“Tidak beriman seseorang kamu, hinggalah Aku (nabi) ini lebih dicintai oleh manusia daripada ibubapa, anak-anaknya dan manusia seluruhnya.” 
[HR Bukhari no.14, HR Muslim no.55]

Berdasarkan hadis ini dapat kita simpulkan bahawa cinta kepada nabi yang membawa maksud berusaha memahami, melaksana dan menyerbarkan apa yang baginda bawa adalah suatu perkara yang dominan kerana berkait rapat dengan soal keimanan. Hal ini disebabkan kecintaan kepada nabi membawa manusia cinta kepada Yang Maha Esa.

Pamerkan Cinta Anda

Seperti yang saya sebutkan diatas, kecintaan kepada nabi bukan mainan bibir semata-mata. Tetapi lahir dalam hati yang suci dan jiwa yang murni ditambah dengan usaha dalam rangka cuba mengamalkan sunnah baginda sehabis daya.

Bagaimanapun cara mempamerkan itu perlu dalam suasana untuk kita ingat semula pengorbanan dan perjuangan baginda dan para sahabat yang mana jika tidak kerana air mata dan darah mereka mungkin islam hari ini tidak sampai pada tangan kita.

Walaubagaimanapun cara terbaik meluahkan rasa cinta adalah kita mengamalkan sunnah baginda. Bermula dari sekecil-kecil sunnah seperti membersih diri hingga kepada sunnah yang terbesar iaitu dakwah. Oleh itu, jangan pula kita bertelagah dalam menyatakan sesuatu perkara itu dikira sunnah atau tidak hingga kita lupa sunnah baginda yang utama.

Adapun baginda s.a.w ada menjanjikan kepada kita perkara jika berpegang teguh kepada sunnah baginda iaitu:
Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana jika berpegang teguh kepada keduanya tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnah. 
[HR Imam Malik dalam Muatha’ no.1678]

Kesimpulan

Bersempena dengan tarikh kelahiran baginda pada tahun ini, saya mengajak diri saya dan anda semua untuk kita lupakan kisah lama. Tidak menjadikan hari bersejarah ini hanya sebagai hari biasa dan disambut seperti sebelumnya tetapi dijadikan sebagai hari untuk sama-sama untuk mengamalkan sunnah nabi dalam kehidupan sehari-hari terutama sunnah teragung baginda dalam rangka membawa manusia kembali bertuhankan Allah yang Esa hingga ke akhir hayat kita meski telah berlalu hari tersebut.

Akhir sekali ingin saya nukil sebuah syair daripada Imam Ibn Qayyim Al-Jauzi:
Dia layak menerima penutup nubuwah,
Bercahaya dan dipersaksikan Allah sebagai kepercayaan,
Asma nabi dipertautkan dengan asma Ilah,
Tatkalan mua’dzin menyeru azan lima kali berkumandang,
Asmanya diambil dari asma-Nya yang terhormat,
Penguasa Arasy yang terpuji dan ini adalah Muhammad.

0 Komen :

Fitnah-Fintah Akhir Zaman


Usia manusia semakin lama semakin tua. Begitu juga dunia. Kerna setiap yang hidup itu ada matinya. Setiap permulaan ada penghujungnya. Sebelum mencapai kepada pengakhiran kebiasannya terpampar pada manusia tanda-tandanya. Dunia yang kita berpijak di atasnya ini tidak terkecuali. Semakin hampir kepada penghujung usianya (dunia) terdapat tanda-tanda yang boleh kita renung semula. Apakah ia?

Hadis Fitan

Daripada Al-Aghari bin Yassar AL-Muzani r.a berkata; Rasulullah s.a.w bersabda: Masa terasa pendek, amal soleh berkurangan, kebakhilan bermaharajalela, fitnah (maksiat) berleluasa, dan banyaknya kekecohan. Para sahabat bertanya: “Ya, Rasulullah! Apakah kekecohan tersebut? Nabi s.a.w menjawab: “Pembunuhan-pembunuhan”.
[HR Bukhari no. 6659, HR Muslim no.4805]


Penerangan Hadis


     1.  Masa terasa pendek
Dalam menerangkan tentang frasa ini terdapat beberapa pendapat ulama’:

Imam Al-Khatabi: Ia adalah kelazatan dalam kehidupan yang membawa maksud berlaku ketikamana manusia keluar daripada rahim ibunya dan dipertanggungjawabkan kepadanya amanah di muka bumi. Dengan itu, manusia itu berlaku adil dan dia merasa keseronokan dalam kehidupan, tetapi masanya singkat. Hingga sekarang, kebanyakan manusia merasa pendek pada saat manis dalam kehidupan walaupun sebenarnya ia panjang, sebaliknya merasa panjang waktu-waktu yang dibenci meski ia pendek.

Al-Hafizh Ibn Hajar [M 852H]mengambil kata-kata Al-Karmani dalam memberi komen terhadap pandangan Imam Al-Khatabi, bahawa ianya kurang tepat dek kerana ia tidak bersesuaian dengan tersebar luasnya fitnah-fitnah yang lain yang telah disebutkan dalam hadis yang sama selepas itu. Namun, pendapat beliau (al-Khatabi) bersesuaian dengan zaman beliau yang masih terjaga dari pelbagai sudut dalam hal kebaikan[iii].

Justeru, beliau (Ibn Hajar) mengambil pendapat Imam Nawawi [M 676H]yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan masa terasa pendek itu adalah dekatnya manusia kepada hari kiamat[iv]. Selain itu, ia juga boleh menggambarkan bahawa masa yang manusia punya, tidak membawa keberkatan dalam kehidupan.

Jika kita renung semula kehidupan kita sehari-hari, masa yang berlalu terlalu pantas. Kita seakan-akan tidak mampu untuk menjangkau sesuatu amalan kebaikan melebihi rutin harian. Bekerja atau belajar. Tiada tambahan ibadah melainkan yang diwajibkan Allah. Hal ini, terjadi kerana kita gagal memanfaatkan masa dengan sebaiknya. Banyak perkara sia-sia yang bermain dalam minda dek kerana kita selalu ingin berasa selesa. Kita janggal untuk meninggalkan kebiasaan hidup kerna kita tahu mencari kebenaran itu perlu pengorbanan.

Oleh yang demikian, keselesaan itu sebenarnya membunuh kehidupan. Umat yang terdahulu berjaya bukan kerana mereka sekadar hidup bersama nabi s.a.w bahkan berjuang menitis air mata dan darah dalam perjuangan mengangkat panji islam. Mungkin kita tidak sehebat mereka. Tidak pula perlu mengangkat senjata. Namun, dalam bidang yang kita ceburi pastikan ada manfaat untuk agama Ilahi.

     2. Berkurangnya Amal
Berkurang amal di sini  membawa dua maksud sama ada amal manusia di dunia atau amal kebaikan manusia di akhirat kelak disebabkan kurangnya manusia keberkatan masa seperti yang disebutkan di atas, maka manusia itu kurang mampu untuk beramal soleh natijah dari masa yang seakan-akan terhad.

Dari pandangan lain, berkurangnya amal boleh juga digambarkan kerana mungkin manusia itu beramal soleh namun terdapat kecacatan padanya dek kerana salah laku niat atau cara disamping  berlaku banyak pengkianatan terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan. Sama ada pemimpin merobek khazanah rakyat, yang berkuasa berterusan menindas yang kurang upaya, ahli ilmu tiada amanah dalam menyampaikan dan sebagainya.

Terdapat juga dalam riwayat yang lain direkodkan bahawa berkurangnya ilmu ganti kepada berkurangnya amal. Boleh jadi makna berkurangnya ilmu adalah kita mudah lupa akan apa yang kita pelajari. Hal ini seringkali terjadi. Mungkin kerana kekurangan kesungguhan kita dalam mendalami sesuatu ilmu dan juga berpunca daripada sistem pendidikan yang kurang memberikan kesan terhadap budaya dan cara fikir manusia.

Selain itu, berkurangnya ilmu juga boleh berlaku dengan cara Allah mencabut nyawa ahlinya(ulama’) dan tidak ada pengganti yang secocok sepertinya. Dalam hadis yang lain nabi sallahu alaihi wasalam menyebutkan dari Abdullah ibn ‘Amr ibn ‘As:

“Sesungguh Allah tidak mencabut ilmu itu dengan mengambilnya daripada dada-dada manusia, tetapi dengan mematikan ulama’-ulama’. Maka tinggallah dunia ini mengambil orang-orang yang jahil sebagai ketua atau tempat rujukan mereka. Bila ditanyakan kepada mereka maka mereka akan menjawab dan memberi saranan tetapi dalam keadaan yang tiada ilmu tentangnya, maka terhumban manusia dalam kesesatan yang berpanjangan.”
HR Bukhari no.98, HR Muslim no.4806]

Perkara ini benar-benar berlaku kini. Kita lihat umat era ini tidak kurangnya dari sudut sumber ilmu. Bahkan apa yang tercatat-catat dalam lembaran buku-buku muktabar tidak bisa dinafikan kesahihannya dan tidak punya saringan. Namun, realiti yang berlaku sesetengah umat ini khususnya dalam bidang agama dan amnya kepada semua mungkin semakin bijak dalam pengetahuan masing-masing, malangnya ilmu itu digunakan bukan pada tempatnya. Maka terjadilah banyak perbalahan yang tidak berkesudahan dalam perkara-perkara cabang yang sebenarnya telah lama diperbincangkan.

Berkaitan dengan ulama’-ulama’ yang telah dipanggil semula mengadap-Nya juga menjadi buah telinga kita pada hari ini. Semakin ramai pula dalam kalangan mereka dijemput menghadap Allah. Bahkan hari ini sukar untuk umat dibimbing oleh imam-imam besar dalam bidang hadis mahupun fiqh seperti umat dahulu. Malah kematian para ahli ilmu dewasa ini semakin bertambah kian hari. Natijahnya, manusia diambang dalam kesesatan.

     3. Kebakhilan Bermaharajalela
Intisari daripada frasa ini adalah manusia zaman ini bersikap tamak bahkan lebih buruk lokek (kedekut) pula untuk berkongsi kepada manusia yang lain. Pelbagai sudut yang boleh dimaksudkan kebakhilan yang melanda umat ini:

i-  Orang yang berilmu kedekut dengan ilmunya maka dia meninggalkan untuk mengajarkan manusia dan mengeluarkan fatwa yang membantu manusia.

* Perkara ini ternyata berlaku. Dari sudut lain, boleh juga kita tengok bahawa ramai orang mengajar sesuatu ilmu tetapi bukan memberi manfaat kepada manusia bahkan menambahkan lagi kecelaruan dek kerana ilmu yang tulen tidak lagi disebarkan dengan adil

ii-  Orang yang mempunyai kelebihan dalam apa jua bidang meninggalkan untuk mengembangkan kelebihan kepada orang yang lain kerana bimbang disaingi.

iii-  Orang yang kaya bakhil dengan hartanya hingga orang-orang miskin terbinasa.

* Dalam sistem kapitalis yang ada sekarang ini, perkara ini menjadi barah berlarutan. Si kaya bertambah kaya. Yang miskin kekal miskin. Dari satu sudut mungkin terzahir orang yang kaya atau pimpinan ini memberi bantuan kepada goloangan miskin yang memerlukan. Hakikatnya mereka merompak kekayaan yang ada dan menindas golongan marhaen.

     4.  Fitnah (maksiat) berleluasa.
Melihat pada era globalisasi kini, kita lihat maksiat begitu mudah menjalar masuk dalam jiwa manusia. Jika bukan manusia itu yang mencari asbab-asbab yang nyata kepada maksiat, namun kejahatan itu juga bisa turut menusuk melalui niat baik kita. Sebagai contoh dalam pada penggunaan facebook atau twitter atau selainnya, kadang-kadang kita tidak terlepas daripada terpandang iklan-iklan yang termampar yang mana sudah tentu banyak keburukan dari sudut etika.

Belum lagi bicara tentang gadjet yang serba canggih yang mana hari ini menjadi suatu perkara yang asing jika anak muda tidak membawanya. Penggunaan gadjet-gadjet tersebut juga tidak terlepas daripada dosa-dosa kering. Bagaimana pula dengan  perlakuan serta hubungan muda-mudi kita sekarang?

Maksiat dan dosa itu dipandang enteng, dan bebas dilakukan tanpa sebarang halangan. Hatta orang lain yang terdiri dari ibupa kadang-kadang dan juga masyarakat yang lain tidak bisa menegur perlakuan buruk yang dilakukan. Justeru, atas sebab-sebab ini kita melihat fitnah maksiat itu semakin berleluasa dan menjadi barah yang semakin parah.

Bukan niat saya menghalang untuk menggunakan segala bentuk kemudahan yang ada. Adapun jika ianya diguna ke arah kebaikan maka ia lebih membawa manusia itu dekat dengan tuhan. Bukan juga untuk menyalahkan sesiapa atau mana-mana pihak, tetapi berbalik kepada menyalahkan diri sendiri yang tidak berusaha untuk mengubah masyarakat kepada lebih baik. Jika tiada kemampuan maka berusahalah menjadi masyarakat yang baik sudah memadai.

     5.  Banyaknya kekecohan
Berdasarkan riwayat dalam hadis yang disebutkan di atas kekecohan yang banyak berlaku adalah pembunuhan. Tidak dinafikan lagi, akhir zaman ini banyak berlaku pembunuhan akibat daripada peperangan sesama manusia kerana tamakkan harta, kuasa atau bertitik tolak atas kebencian terhadap sesuatu agama. Melihat contoh yang berlegar disekeliling kita seperti yang berlaku di Syria, Palestin dan lain-lain negara.

Dalam riwayat yang lain disebutkan maksud kekecohan itu belaku disebabkan ‘pembunuhan’ dengan lisan. Tidak perlu terbang jauh untuk mengukir contoh. Dalam negara kita sendiri banyak perpecahan dan kekecohan atas sikap tidak amanah ahli ilmu dalam pelbagai bidang dalam pada menyampaikan ilmu lebih lagi dalam melaksanakannya dalam urusan berkaitan dengan manusia yang lain pula.

Dunia Semakin Tenat 

Tanda-tanda di atas tidak terhenti sekadar itu. Bahkan umat hari ini lebih berani seperti seakan-akan menentang kekuasaan Allah s.w.t dengan ‘mengambil tempat’ dalam menentukan sesuatu hukum yang berkaitan. Sebagai contoh dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abi ‘Amir Al-Asyaari, Rasulullah s.a.w bersabda:

Akan terjadi dalam kalangan umatku yang mana ada sekelompok manusia yang menghalalkan zina dan sutera.  (HR Abu Dawud)[vii]

Hadis ini menunjukkan contoh bahawa antara perkara yang semakin menular dalam masyarakat kita berkaitan zina. Mungkin secara zatnya perbuatan zina itu ditentang, tetapi bagaimanapula dengan jalan-jalan yang menuju ke arahnya berupa filem yang merosakkan, lagu-lagu yang mengkhayalkan dan pelbagai aktiviti bercampuran jantina yang berleluasa?

Dalam pada itu, hadis ini juga menjukkan bahawa pemakaian sutera juga tidak dibenarkan. Tetapi hari ini melihat bukan sekadar bahan pakaian itu yang menjadikan ianya haram, bahkan fesyen-fesyen yang melampau yang mendedahkan aurat semakin giat diteroka. Bahkan lebih buruk ia disokong oleh orang-orang yang berautoriti dalam negara.

Kesimpulan

Sudah tentu fitnah-fitnah yang berlaku atau menjadi tanda-tanda kecil bahawa kiamat itu sudah hampir dengan kita. Adapun, apa yang disebutkan dalam hadis ini merupakan ‘ibu’ kepada fitnah-fitnah yang lainnya. Bukan ketakutan yang cuba saya gambarkan dalam artikel saya ini. Tetapi hanya mahu meninggalkan persoalan apa usaha yang kita cuba lakukan untuk membaiki diri sendiri dan masyarakat kita hari ini daripada terselamat daripada fitnah-fitnah ini?

Ayuh muhasabahlah semula wahai manusia dan panjatkan doa agar kita dan semua kaum muslimin terselamat daripada fitnah-fitnah ini.

0 Komen :

Mengetuk Pintu Rezeki dengan Taubat



Daripada Al-Aghari bin Yassar AL-Muzani r.a berkata; Rasulullah s.a.w bersabda: “Wahai sekalian manusia bertaubatlah kepada Allah s.w.t. dan mohonlah keampunan (istighfar) kepadanya, sesungguhnya aku bertaubat seratus kali dalam masa sehari” 
[Muslim no.2702/43]

Manfaat Hadis

Hadis ini adalah dorongan buat umat manusia sekaliannya supaya bertaubat kepada Allah dan memohon keampunan kepada-Nya. Sedangkan baginda s.a.w yang maksum dan juga sebaik-baik penciptaan pun memohon keampunan atas dosanya yang telah lalu dan yang akan datang sebanyak seratus kali sebagai contoh buat ummatnya, inikan pula manusia yang sentiasa berlumuran dosa yang lebih perlu untuk berbuat demikian.

Taubat dan memohon keampunan yang berterusan ini bukan sahaja boleh menghapuskan dosa yang tampak zahir pada mata bahkan dosa-dosa yang tidak disedari kewujudannya seperti rasa hasad,riya’ dan sebagainya. Oleh itu insan yang mengharapkan kurniaan nikmat daripada Allah sepatutnya rasa malu dengan dosanya terlebih dahulu kemudian bertaubat, seterusnya barulah memohon kepada Allah ditunaikan hajat. Adapun bilangan istigfar yang disebutkan dalam hadis tidak menggambarkan bilangan secara khusus untuk diikuti oleh ummat ini tetapi menunjukkan kepada insan untuk sentiasa melaziminya.

Taubat  bermakna manusia kembali kepada Allah s.w.t,  peraturan-Nya dan hukum-Nya. Ia adalah perbuatan membuang dan mengosongkan diri  dari­pada  segala bentuk campuran yang buruk atau campuran yang  boleh merosakkan  jiwa. Taubat juga menjaga diri daripada percampuran nilai-nilai lain dan kembali kepada nilai-nilai Allahs.w.t  sahaja dalam setiap aspek kehidupan. Sekiranya seseorang itu termasuk ke dalam golongan orang-orang bertaubat kepada Allah s.w.t maka campuran itu tidak wujud lagi pada dirinya. Inilah sifat orang bertaubat.

Taubat  akan  menutup segala pintu kejahatan  dan membuka  pintu kebahagiaan serta  kebaikan.  Ini boleh dilakukan  dengan  cara beristigfar  kepada Allah dan mentauhidkan-Nya. Sesiapa  yang ingin menyihatkan badan hendaklah dia menjaga makan minum daripa­da  makanan  yang memudharatkan. Sesiapa yang ingin  menyihatkan jiwa dan hati maka hendaklah dia meninggalkan segala dosa.

Selain itu hadis ini juga menyarankan kita untuk senantiasa berusaha bertaubat walaupun dengan istighfar kerna manusia hakikatnya tidak tahu bila kematian datang menjemput. Justeru, wajar bagi seorang mukmin yang mengharapkan pengakhiran yang baik iaitu memperoleh syurga daripada Allah melazimi taubat.

Cara- Cara Bertaubat

Ulama’ bersepakat bahawa taubat adalah wajib bagi setiap dosa tidak terkecuali dosa kecil apatah lagi besar. Manakala cara pembersihan dosa manusia dibahagikan kepada dua iaitu:

  1. Dosa antara hamba dan Allah
  • Berusaha bersungguh tinggalkan maksiat yang dilakukan
  • Rasa penuh penyesalan atas dosa yang dilakukan
  • Menanam keazaman tidak akan mengulanginya lagi

  2. Dosa antara insan dengan insan
  • Berusaha bersungguh tinggalkan maksiat yang dilakukan
  • Rasa penuh penyesalan atas dosa yang dilakukan
  • Menanam keazaman tidak akan mengulanginya lagi
  • Memohon maaf terhadap orang berkaitan atas kesalahan

Kelebihan Istighfar

Manusia mungkin hanya melihat istighfar ia merupakan lafaz yang mengandungi elemen memohon keampunan semata-mata, walhal kelebihan istighfar menjangkaui apa yang manusia sangka. Allah s.w.t berfirman menggambarkan kelebihannya:
Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.
[Quran 71:10 (Nuh)]

Nabi Nuh a.s merupakan antara tokoh yang terkenal dalam bidang dakwah selain nabi Muhammad s.a.w disebabkan usaha baginda yang begitu gigih menyampaikan risalah Allah dalam tempoh yang begitu lama iaitu Sembilan ratus lima puluh tahun. Demikian pengikut baginda begitu sedikit. Bukanlah bilangan itu menjadi ukuran berjaya sesuatu dakwah tetapi kerana natijah manusia menerima hidayah hanya dengan kehendak Allah, tetapi bahtera dakwah yang baginda kelola telah mencapai tahap yang Allah perintahkan.

Adapun kaum nabi Nuh a.s terkenal dengan sifat keras hatinya. Siang malam. Secara terbuka, secara tertutup dan secara terbuka dan tertutup diseru supaya menyembah Allah yang Esa, tetapi masih berdegil dengan kepercayaan mereka. Berbagai cara dan pelbagai waktu diajak, mereka bukan sahaja tidak mahu menerima bahkan mengguris hati Nuh a.s dengan memekakkan telinga mereka dari mendengar ajakan dan melitupi pandangan mereka daripada baginda untuk menunjukkan perasaan benci mereka terhadap peringatan yang dibawa.

Adapun kaum nabi Nuh a.s terkenal dengan sifat keras hatinya. Siang malam. Secara terbuka, secara tertutup dan secara terbuka dan tertutup diseru supaya menyembah Allah yang Esa, tetapi masih berdegil dengan kepercayaan mereka. Berbagai cara dan pelbagai waktu diajak, mereka bukan sahaja tidak mahu menerima bahkan mengguris hati Nuh a.s dengan memekakkan telinga mereka dari mendengar ajakan dan melitupi pandangan mereka daripada baginda untuk menunjukkan perasaan benci mereka terhadap peringatan yang dibawa.

Tetapi kesabaran Nuh a.s tidak dapat disangkal. Baginda masih tetap menyeru kaumnya untuk memohon ampun kepada Allah s.w.t dan pada-Nya sahaja layak disembah. Tidak cukup sekadar itu, bersama keampunan yang diseru itu, ada janji-janji Allah yang boleh diambil iktibar pada insan terkemudian sebagai galakan untuk berbuat demikian.

Dr. Wahbah Zuhaili ada menyebutkan dalam tafsirnya, Al-Munir dalam menerangkan ayat-ayat berkaitan janji-janji Allah ini terhadap mereka yang memohon keampunan kepada lima perkara yang utama:

     1. Nikmat rezeki berupa bekalan makanan dan zuriat
"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
[Quran 70:11 (Nuh)]

"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
[Quran 70:12 (Nuh)]

     2. Nikmat kehidupan dan penciptaan yang sempurna
“Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya)
[Quran 70:13 (Nuh)]

“Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?
[Quran 70:14 (Nuh)]

     3. Nikmat cahaya dan masa
“Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat.
[Quran 70:14 (Nuh)]

“Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang)
[Quran 70:14 (Nuh)]

     4. Nikmat tanaman yang subur
“Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna.
[Quran 70:17 (Nuh)]

“Kemudian Ia mengembalikan kamu ke dalam bumi (sesudah mati), dan mengeluarkan kamu daripadanya (sesudah dihidupkan semula untuk dihitung amal kamu dan diberi balasan), dengan pengeluaran yang sesungguh-sungguhnya.
[Quran 70:18 (Nuh)]

     5. Nikmat dipermudahkan urusan dunia
“Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan”
[Quran 70:19 (Nuh)]

“Supaya kamu melalui jalan-jalan yang luas padanya”
[Quran 70:20 (Nuh)]

Jika kaum Nuh a.s memohon keampunan dan bertaubat atas dosa-dosa mereka maka Allah akan berikan rezeki berupa hujan yang berterusan yang akan menghidupkan dan menyuburkan tanaman seterusnya menjadi bekalan kepada mereka dalam meneruskan kehidupan yang mana sebelumnya disekat disebabkan kekufuran mereka.

Tidak cukup sekadar itu, Allah juga menjanjikan kepada mereka akan memperoleh zuriat dari kalangan mereka yang mana ia merupakan satu kurniaan yang besar kerana pada hakikatnya anak-anak merupakan rezeki yang amat dibanggakan oleh sekalian manusia secara fitrahnya kerana ia melambangkan penerusan generasi bagi sesuatu kaum.

Manusia era kini, kadang-kadang mencari-cari cara untuk memperoleh rezeki hinggakan ada yang terdesak sampai ke tahap melakukan maksiat kepada Allah. Tetapi jika insan memerhatikan janji-janji Allah nescaya akan menyedari bahawa ada jalan keluar yang disediakan tanpa dinafikan perlunya berusaha untuk mencari rezeki.

Ia sebenarnya sebagai nilai tambah kerana secara logiknya apabila manusia senantiasa memohon keampunan kepada Allah, maka dia akan lebih dekat hubungannya kepada Penciptanya. Dengan itu, lebih mudah untuk manusia memohon diperkenankan permintaan kerana sesungguhnya Allah yang bersifat Pemurah sangat menyukai hamba yang memohon kepada-Nya.

Pun begitu, perlu diingatkan bahawa ia bukan perkara yang mudah kerana kebendaan dan zuriat seperti yang dijanjikan merupakan fitnah yang besar dalam kehidupan insan terutama setelah memperolehnya. Oleh sebab itu, manusia digalakkan untuk melazimi taubat. Allah s.w.t berfirman:
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.
[Quran 64:15 (At-Taghabun)]

Kesimpulan

Dalam pada kita memohon keampunan kepada Allah s.w.t, usaha kita jangan dilupa kerana ia merupakan kunci buat kita untuk mencapai kejayaan. Adapun taubat ini diibaratkan ‘ketukan’ kita terhadap pintu rezeki yang mana kesemua kuncinya ada pada Allah. Moga jalan rezeki kita akan lebih dipermudahkan.

Wallahualam.

0 Komen :